Pekerja Bangladesh Bina Rumah Harga RM825,000 Di Kampung

Hasil penat lelah bekerja di luar negara, seorang lelaki Bangladesh sanggup membelanjakan kira-kira RM825,000 untuk membina sebuah rumah mewah di kampung halamannya.

Lebih menarik, lelaki yang bekerja di Singapura itu turut menjemput majikannya dari negara berkenaan untuk datang melihat sendiri kediaman yang dibina hasil titik peluhnya.

Kisah tersebut mendapat perhatian selepas satu video yang dikongsikan pengguna Facebook, Al Amin Rural Blog, memaparkan seorang pencipta kandungan melawat rumah berkenaan sambil berbual dengan pemiliknya dan majikan dari Singapura.

Menurut laporan laman berita Stomp, lelaki itu menjelaskan bahawa penduduk dari bandar Cumilla lazimnya membawa majikan masing-masing pulang ke kampung halaman untuk berkunjung.

pekerja bangladesh

Reka bentuk rumah diinspirasikan dari Singapura

Pemilik rumah itu berkata, kediamannya yang menampilkan penggunaan panel kaca secara meluas mendapat inspirasi daripada seni bina rumah di Singapura.

Ketika ditanya mengapa tidak menggunakan wang berkenaan untuk membeli hartanah di kawasan bandar, lelaki itu menjelaskan bahawa membina rumah impian di kampung sendiri merupakan hasrat yang sudah lama dipendam.

Baginya, kediaman tersebut menjadi impian yang mahu direalisasikan di tempat asalnya.

pekerja bangladesh bina rumah

Video raih jutaan tontonan

Perkongsian video berkenaan turut mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna media sosial.

Ia dilaporkan meraih lebih 4.7 juta tontonan dan 168,000 tanda suka di Facebook.

Rata-rata netizen memuji usaha serta kegigihan lelaki itu mengumpul wang hasil bekerja di luar negara.

Rumah berkenaan turut dianggap sebagai bukti hasil kerja kerasnya mencari rezeki jauh dari kampung halaman.

Wanita Menyamar Sebagai Pramugari Batik Air, Sempat Masuk Dalam Pesawat
By KD | |
Seorang wanita berusia 23 tahun mencetuskan perhatian ramai selepas tindakannya…
[VIDEO] Jemaah Solat Tarawih Berlainan Kiblat Dalam Satu Masjid
By KD | |
Sebuah masjid di Indonesia mencetuskan perhatian ramai apabila jemaah yang…
Hujan paling lama didunia selama 331 hari berturut-turut
By KD | |
Rekod Dunia – Hujan Selama 331 Hari Tanpa Henti di…
Gadis Ini Berpura Lumpuh Selama 20 Tahun Kerana Malas Bekerja
By KD | |
Kisah seorang gadis dikenali sebagai Wu Guiying dari Kampung Yejiapu,…
Tak Tahan Muka Dijadikan ‘Sticker WhatsApp’, Lelaki Bakar Tempat Kerja
By KD | |
Gara-gara tidak tahan wajahnya kerap dijadikan pelekat WhatsApp dan bahan…
Berang Masalah Internet, Penduduk Ikat Juruteknik Pada Menara Telekomunikasi
By KD | |
Masalah rangkaian telefon mudah alih yang didakwa berlarutan hampir dua…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
By KD | |
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil Black…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
By KD | |
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar sebagai…
Wanita Dari Kelantan Kongsi Kisah Disebalik Memiliki Nama Yang Unik
By KD | |
Memiliki nama yang unik sememangnya membuatkan seseorang mudah diingati, namun…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!