[VIDEO] Jemaah Solat Tarawih Berlainan Kiblat Dalam Satu Masjid

Sebuah masjid di Indonesia mencetuskan perhatian ramai apabila jemaah yang hadir untuk menunaikan solat didapati menghadap arah kiblat yang tidak sama antara satu sama lain.

Video memaparkan situasi itu yang dirakam di Masjid Baitul Khairaat di Kota Palu, Sulawesi Tengah, tular di TikTok dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan beberapa jemaah berdiri dalam posisi saf yang berbeza arah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebenar kiblat di masjid berkenaan.

Reka Bentuk Masjid Didakwa Punca Kekeliruan

Ada pengguna TikTok Indonesia mendakwa situasi itu berlaku kerana reka bentuk masjid yang berbentuk bulat sehingga menyebabkan jemaah keliru arah kiblat.

“Karena bentuk masjidnya bulat, dan orang-orang juga jadi lupa arah kiblat karena saling ikut,” dakwa seorang pengguna dikenali sebagai Shushuu.

Namun begitu, dakwaan tersebut turut dipersoalkan ramai memandangkan dalam solat berjemaah, arah imam sepatutnya menjadi panduan utama.

“Ya imamnya kan ada, ikut arah imam aja lah,” komen seorang lagi pengguna.

Malah, ada juga netizen yang menyindir situasi berkenaan dengan menyatakan bahawa kiblat tidak sepatutnya menjadi pilihan peribadi kerana ia telah ditetapkan secara jelas.


Perkongsian video itu terus mengundang perdebatan dalam talian, dengan sebahagian pihak meminta penjelasan rasmi berhubung kedudukan sebenar kiblat di masjid berkenaan.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!