‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu

Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar sebagai ‘Batman’ kini diburu pihak polis selepas didakwa mengejar suspek pencuri motosikal sebelum mengikat mereka pada tiang lampu menggunakan pita pelekat di sekitar bandar Lagos de Moreno.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya lima lelaki ditemui dalam keadaan tidak berdaya selepas diikat pada tiang-tiang jalan dalam tempoh 10 hari bermula 13 Jun di kawasan Lagos de Moreno, Jalisco.

Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik wartawan Mexico, Luis Cárdenas di platform X, kebanyakan suspek turut diconteng dengan imej misai, misai kucing serta perkataan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud "pencuri" pada wajah mereka.

batman mexico


Vigilante yang dirujuk sebagai ‘Batman Lagos de Moreno’ itu juga didakwa meninggalkan motosikal yang dipercayai dicuri berhampiran individu terbabit sebagai simbolik untuk mendedahkan jenayah yang dilakukan.

Salah satu gambar menunjukkan dua lelaki diikat secara membelakangi antara satu sama lain pada sebatang tiang, dengan sebuah papan tanda berwarna merah jambu diletakkan di atas kepala mereka, manakala sebuah motosikal ditinggalkan di hadapan mereka.

Polis Anggap Mereka Mangsa

Setiausaha Keselamatan Negeri, Juan Pablo Hernández berkata, pihak polis mengklasifikasikan lelaki-lelaki yang diikat itu sebagai mangsa dan kini sedang mengesan individu yang dikenali sebagai ‘Batman Lagos de Moreno’.

Beliau berkata, kesemua lelaki terbabit telah dilepaskan daripada ikatan dan diberikan rawatan bagi kecederaan yang dialami.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada mereka sedang disiasat atas dakwaan mencuri motosikal atau sebaliknya.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat, namun polis telah mengenal pasti dua kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siri insiden berkenaan.

Sumber: LuisCardenasMX, Vocket

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!