Pekerja Bangladesh Bina Rumah Harga RM825,000 Di Kampung

Hasil penat lelah bekerja di luar negara, seorang lelaki Bangladesh sanggup membelanjakan kira-kira RM825,000 untuk membina sebuah rumah mewah di kampung halamannya.

Lebih menarik, lelaki yang bekerja di Singapura itu turut menjemput majikannya dari negara berkenaan untuk datang melihat sendiri kediaman yang dibina hasil titik peluhnya.

Kisah tersebut mendapat perhatian selepas satu video yang dikongsikan pengguna Facebook, Al Amin Rural Blog, memaparkan seorang pencipta kandungan melawat rumah berkenaan sambil berbual dengan pemiliknya dan majikan dari Singapura.

Menurut laporan laman berita Stomp, lelaki itu menjelaskan bahawa penduduk dari bandar Cumilla lazimnya membawa majikan masing-masing pulang ke kampung halaman untuk berkunjung.

pekerja bangladesh

Reka bentuk rumah diinspirasikan dari Singapura

Pemilik rumah itu berkata, kediamannya yang menampilkan penggunaan panel kaca secara meluas mendapat inspirasi daripada seni bina rumah di Singapura.

Ketika ditanya mengapa tidak menggunakan wang berkenaan untuk membeli hartanah di kawasan bandar, lelaki itu menjelaskan bahawa membina rumah impian di kampung sendiri merupakan hasrat yang sudah lama dipendam.

Baginya, kediaman tersebut menjadi impian yang mahu direalisasikan di tempat asalnya.

pekerja bangladesh bina rumah

Video raih jutaan tontonan

Perkongsian video berkenaan turut mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna media sosial.

Ia dilaporkan meraih lebih 4.7 juta tontonan dan 168,000 tanda suka di Facebook.

Rata-rata netizen memuji usaha serta kegigihan lelaki itu mengumpul wang hasil bekerja di luar negara.

Rumah berkenaan turut dianggap sebagai bukti hasil kerja kerasnya mencari rezeki jauh dari kampung halaman.

Wanita Menyamar Sebagai Pramugari Batik Air, Sempat Masuk Dalam Pesawat
By KD | |
Seorang wanita berusia 23 tahun mencetuskan perhatian ramai selepas tindakannya…
[VIDEO] Kanak-kanak 12 Tahun Meninggal Dunia Didera, Dipaksa Minum Air Mendidih Oleh Ibu Tiri
By KD | |
Kesedihan menyelubungi penduduk kampung apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12…
Kaki Sebelah Pendek Akibat Barah, Suami Ubah Suai Selipar Demi Isteri Tunai Haji
By KD | |
Bermula dengan sepasang selipar yang dibaiki sendiri, tersingkap kisah menyentuh…
Viral Polis Thailand Berubah Jadi ‘Spiderman’ Ketika Bertugas, Ini Sebabnya
By KD | |
Sejak kebelakangan ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan beberapa keping…
Gadis Ini Berpura Lumpuh Selama 20 Tahun Kerana Malas Bekerja
By KD | |
Kisah seorang gadis dikenali sebagai Wu Guiying dari Kampung Yejiapu,…
Main Sorok-Sorok Dalam Kereta Api, Akhirnya Bertemu Keluarga Selepas 35 Tahun
By KD | |
Niat sekadar bermain sorok-sorok ketika kecil bertukar menjadi detik yang…
Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
By KD | |
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai selepas…
“Mak dia datang bawa kek & bantal peluk…” wanita kongsi pengalaman ‘diganggu’
By KD | |
Seorang wanita berkongsi pengalaman hidup paling gelap yang dilaluinya lima…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
By KD | |
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil Black…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!