Tanah Runtuh Di FT185 Lojing-Gua Musang, Lorong Ke Cameron Highlands Ditutup

Pengguna laluan Persekutuan FT185 Jalan Lojing-Gua Musang perlu bersedia menghadapi gangguan perjalanan apabila lorong kiri menghala ke Cameron Highlands, Pahang ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh pada Sabtu.


Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 pagi di Seksyen 84.15, berhampiran Yayasan Albarakah.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), kejadian itu melibatkan kawasan sepanjang 20 meter dengan kedalaman 30 meter.

Hasil pemeriksaan di lokasi turut menemukan rekahan pada permukaan jalan sepanjang 30 meter, manakala lebar jalan di kawasan berkenaan ialah 10.40 meter.

Tiada laluan alternatif disediakan

JKR memaklumkan tanda amaran sementara telah dipasang di lokasi kejadian bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, tiada laluan alternatif disediakan buat masa ini.

“Tanda amaran sementara telah dipasang di tapak kejadian, bagaimanapun tiada laluan alternatif disediakan buat masa ini.

"JKR Gua Musang bersama-sama syarikat konsesi penyenggaraan jalan, Roadcare (M) Sdn Bhd sedang mengambil langkah keselamatan di lokasi kejadian,” menurut JKR menerusi kenyataan.

notis penutupan jalan JKR gua musang


Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas yang ditempatkan di lokasi.

Pengguna jalan raya juga perlu mengambil kira penutupan lorong tersebut ketika merancang perjalanan ke Cameron Highlands melalui laluan berkenaan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!