27 PATI Dicekup Dalam Operasi Bersepadu Di Gua Musang

Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mentara, Gua Musang selepas 136 individu diperiksa dalam tempoh dua hari.

Operasi pada Isnin dan Selasa lalu itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam operasi sama, dua kenderaan turut disita bagi tujuan tindakan penguatkuasaan lanjut.

Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi mempergiat penguatkuasaan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran PATI di daerah berkenaan.

Menurutnya, kesemua 27 individu yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam operasi selama dua hari itu juga, dua kenderaan turut disita bagi tujuan tindakan penguatkuasaan lanjut.

“JIM Kelantan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara serta mengekang aktiviti yang melanggar peraturan imigresen,” katanya.

Lari Dari SJR, BMW Bawa Warga Myanmar Dari Kelantan Ke KL Terbabas
By KD | |
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan…
PATI Dikhuatiri Lemas Dalam Sungai Kelantan Ketika Cuba Larikan Diri
By KD | |
Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dikhuatiri lemas di Sungai…
128 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Imigresen Di Kota Bharu
By KD | |
Seramai 128 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Kelantan selepas dipercayai…
Empat Tekong Bersama 30 PATI Myanmar Ditahan Di Tanah Merah
By KD | |
Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan…
Sindiket PATI Tawar Bayaran Secara Ansuran Masuk Malaysia
By KD | |
Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan menawarkan bayaran…
Upah RM600 Bawa PATI ke Johor, Bekas Pemandu Grab Ditahan di Tanah Merah
By KD | |
Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat ditahan…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
By KD | |
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka mempertahankan…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
By KD | |
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua Masyarakat…
Lelaki Rohingya Ditahan Di Terminal Bas Lembah Sireh, Bayar RM10,000 Masuk Malaysia
By KD | |
Di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, seorang lelaki muda…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!