Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah

Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua Masyarakat Rohingya Kelantan (MRK) di setiap daerah yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, pelantikan tersebut dibuat sendiri oleh komuniti berkenaan tanpa pendaftaran atau kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun kerajaan negeri.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang pelantikan rasmi melibatkan ketua masyarakat Rohingya di Kelantan.

“Mereka pandai-pandai membuat lantikan sendiri, tidak ubah seperti melantik ketua rombongan untuk pergi ke perkhemahan.

“Tetapi jika dibiarkan, ia akan jadi bahaya kerana takut jadi macam kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Perlu Patuh Peraturan

Hilmi berkata, sebarang perhimpunan rasmi atau aktiviti melibatkan sesuatu kumpulan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurutnya, penganjur perlu memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya lima hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan dengan menyatakan lokasi serta masa program.

“Mereka perlu memohon lesen dengan pihak polis, kemudian Ketua Polis Daerah akan mengenakan syarat-syarat yang sesuai dan memaklumkan kepada penduduk sekitar sekiranya terdapat bantahan awam.

“Jika tiada bantahan, mereka boleh berhimpun,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan memaklumkan kepada pihak berkuasa boleh menimbulkan kebimbangan dan kecurigaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, katanya, perhimpunan berbentuk keagamaan, perkahwinan, pengebumian dan sambutan perayaan tidak perlu dimaklumkan kerana dikecualikan di bawah peruntukan akta berkenaan.

Isu Tular Di Media Sosial

Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelantikan ketua daerah dalam kalangan etnik Rohingya di Kelantan yang turut disertakan dengan sijil lantikan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang turut mendesak agar siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!