Sindiket PATI Tawar Bayaran Secara Ansuran Masuk Malaysia

Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan menawarkan bayaran secara ansuran sehingga RM5,000 seorang bagi membolehkan migran memasuki Malaysia secara tidak sah.

Menerusi kaedah itu, bayaran hanya perlu dijelaskan selepas mereka berjaya memasuki negara ini dan memperoleh pekerjaan.

Kegiatan berkenaan terbongkar susulan penahanan seorang lelaki warga Thailand dipercayai tekong darat bersama 12 warga Myanmar dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kubang Gadong, Pasir Mas pada Ahad.

Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 8 malam itu dijalankan Task Force Komander Briged Tenggara dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Menurutnya, tangkapan membabitkan seorang lelaki Thailand berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat serta 12 warga Myanmar terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun.

"Semasa pemerhatian, pasukan mengesan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan sebelum dua lelaki dipercayai tekong menghampiri anggota sambil memegang senjata tajam jenis parang dan sabit.

"Anggota terpaksa mengacukan senjata api bagi mempertahankan diri sebelum kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya ditahan selepas dikejar bersama sebilah sabit," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Ahmad Radzi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga Myanmar terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Siasatan awal mendapati tekong berkenaan menerima upah RM100 bagi setiap PATI yang dibawa dari Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok sebelum diserahkan kepada pihak pengangkutan di sekitar Kampung Bakong.

"Perjalanan migran terbabit dipercayai mengambil masa kira-kira tujuh hari bermula dari Myanmar melalui jalan darat menuju ke Thailand sebelum memasuki Malaysia menerusi laluan Sungai Golok.

"Penglibatan pihak pengangkutan di Kampung Bakong turut menunjukkan kemungkinan wujud rangkaian yang menguruskan pergerakan PATI selepas mereka berjaya menyeberangi sempadan," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan telefon bimbit lelaki yang ditahan turut menemukan gambar nombor akaun Maybank atas nama seorang wanita yang dipercayai digunakan ejen dari Thailand bagi urusan pembayaran upah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sumber: Sinar Harian

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
By KD | |
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang didakwa…
Sindiket Seludup PATI Guna Laluan Singapura-Phuket Sebelum Masuk Kelantan Dengan Bot
By KD | |
Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai menggunakan laluan…
Sindiket PATI Tawar Bayaran Secara Ansuran Masuk Malaysia
By KD | |
Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan menawarkan bayaran…
Polis Buru 10 PATI Larikan Diri Dari Depo Imigresen Tanah Merah
By KD | |
Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan melarikan diri…
PATI Dikhuatiri Lemas Dalam Sungai Kelantan Ketika Cuba Larikan Diri
By KD | |
Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dikhuatiri lemas di Sungai…
Fasa Pertama Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar Pada 29 September
By KD | |
Seramai 1,476 warga Myanmar akan dihantar pulang ke negara asal…
Penduduk Tanah Merah Bimbang Ladang Sireh Rohingya Makin Meluas
By KD | |
Sebuah ladang sireh seluas lebih dua hektar di Kampung Padang…
“Rupanya Kedai Ramai PATI Ni Tempat Proses Dokumen” – Abbe Hae
By KD | |
Aktivis masyarakat, Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd…
Cubaan Lari Gagal, Lelaki Thailand Ditahan Bersama 9 PATI Di Tumpat
By KD | |
Cubaan seorang lelaki warga Thailand meloloskan diri daripada pemeriksaan Pasukan…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!