Empat Tekong Bersama 30 PATI Myanmar Ditahan Di Tanah Merah

Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan bersama empat lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai tekong dalam operasi di Pengkalan Haram Yuti, Nibong, Tanah Merah, pada Ahad.

Operasi kira-kira jam 9.45 pagi itu dijalankan hasil maklumat risikan sebelum membawa kepada penahanan 34 individu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, 30 warga Myanmar yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki dan 12 perempuan.

"Empat lagi lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan membawa masuk warga asing melalui laluan tidak sah turut ditahan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tiga lelaki tempatan positif dadah

Menurut Mohd Haki, operasi berkenaan membabitkan 10 anggota dari Balai Polis Nibong, Balai Polis Batu Gajah, Balai Polis Bukit Bunga dan Balai Polis Lalang Pepuyu.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiga daripada empat lelaki tempatan yang ditahan positif dadah.

Polis turut menemukan sebotol cecair disyaki air ketum dengan anggaran isipadu 450 mililiter di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

Dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Honda City bersama sebotol cecair berkenaan turut dirampas bagi membantu siasatan.

Mohd Haki berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, pesalah boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap PATI yang ditemukan di premis.

Sementara itu, Seksyen 6(1)(c) dibaca bersama Seksyen 6(3) akta sama memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta sebatan tidak melebihi enam kali.

Sumber: Sinar Harian

Empat Tekong Bersama 30 PATI Myanmar Ditahan Di Tanah Merah
By KD | |
Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan…
MDKPI, JPJ Dan Imigresen Gempur Warga Asing Di Empat Kawasan Di Ketereh
By KD | |
Pelbagai kesalahan berkaitan perniagaan, pengangkutan jalan raya dan imigresen dikesan…
Sindiket Seludup PATI Guna Laluan Singapura-Phuket Sebelum Masuk Kelantan Dengan Bot
By KD | |
Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai menggunakan laluan…
“Rupanya Kedai Ramai PATI Ni Tempat Proses Dokumen” – Abbe Hae
By KD | |
Aktivis masyarakat, Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd…
Abbe Hae Bimbang Kehadiran PATI, Rohingya di Kelantan Semakin Meningkat
By KD | |
Bagi aktivis masyarakat, Abbe Hae, isu kehadiran pendatang asing tanpa…
Penduduk Tanah Merah Bimbang Ladang Sireh Rohingya Makin Meluas
By KD | |
Sebuah ladang sireh seluas lebih dua hektar di Kampung Padang…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!