Lari Dari SJR, BMW Bawa Warga Myanmar Dari Kelantan Ke KL Terbabas

Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) berakhir dengan kemalangan apabila kereta BMW dipandunya terbabas sebelum merempuh tangki air di Kilometer 23, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit dipercayai membawa lima warga Myanmar dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati pemandu bertindak memecut laju selepas enggan berhenti di sekatan jalan raya.

"Kira-kira lima kilometer dari lokasi sekatan, kereta itu terbabas sebelum merempuh tangki air di hadapan sebuah kedai makan di tepi jalan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu bersama dua penumpang wanita warga Myanmar mengalami kecederaan dan berjaya ditahan polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, tiga lagi penumpang warga Myanmar yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita sempat melarikan diri sejurus selepas kemalangan dan kini sedang dikesan pihak polis.

Pemeriksaan lanjut mendapati dua wanita warga Myanmar yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau keberadaan tiga warga Myanmar yang masih diburu diminta tampil membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!