Hampir 300,000 Rakyat Malaysia Bercuti Di Selatan Thailand Sepanjang Cuti Aidiladha

Hampir 300,000 pelancong Malaysia membanjiri selatan Thailand sepanjang cuti Aidiladha dan cuti persekolahan dari 27 Mei hingga 4 Jun lalu, sekali gus menjana lebih satu bilion baht (RM123.2 juta) kepada sektor pelancongan negara itu.

Presiden Persatuan Hotel Hat Yai-Songkhla, Sittipong Sitthiphataraprabah berkata, pelancong Malaysia memasuki Thailand melalui sembilan pintu sempadan darat di Narathiwat, Yala, Songkhla dan Satun.

Hotel Penuh Sepanjang Musim Cuti

Menurut beliau, antara destinasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ialah Songkhla, Satun, Phatthalung, Trang, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Pattani, Yala dan Narathiwat.

"Lebih 30,000 bilik hotel direkodkan penuh sepanjang tempoh berkenaan, sekali gus menjana pendapatan pelancongan melebihi satu bilion baht," katanya kepada Bernama.

Kesesakan Di Pintu Sempadan

Beliau berkata, pintu masuk darat paling sesak ialah di Bukit Kayu Hitam-Sadao, Padang Besar, Sungai Golok dan Betong.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kecewa apabila ramai pelancong Malaysia terpaksa menunggu antara tiga hingga empat jam untuk urusan imigresen, khususnya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao.

"Ada pelancong yang terkandas ketika mahu pulang ke Malaysia sehingga terpaksa bermalam di dalam kenderaan atau di tepi jalan kerana kesesakan yang luar biasa," katanya.

Tetap Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

Sementara itu, Faizul Nasruddin, 40, dari Banting berkata beliau dan isterinya sanggup menunggang motosikal lebih lapan jam untuk bercuti di Hat Yai kerana tarikan makanan yang pelbagai, enak dan berpatutan.

Beliau berkata, walaupun berdepan kesesakan di pintu sempadan, beliau tetap akan kembali ke Thailand pada masa akan datang.

Seorang lagi pelancong, Hasbul Hisyam Yusuf, 42, dari Terengganu berkata, beliau mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk membawa keluarganya bercuti di Hat Yai sebelum sesi persekolahan bermula.

Menurutnya, faktor makanan yang sedap serta harga yang berpatutan menjadi antara sebab utama destinasi itu terus menjadi pilihan keluarganya.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!