Lelaki Rohingya Didakwa Bunuh Rakan Senegara di Kota Bharu

Seorang lelaki pelarian Myanmar berusia 31 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang rakan senegaranya pada September lalu.

Tertuduh, Abdul Shukor, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret R. Vinoshen.

BERKAITAN
Remaja Rohingya Ditemukan Dengan Kesan Luka Hiris Dan Tetak di Leher
Lelaki Rohingya Dakwa Terima ‘Arahan Tuhan’ Sebelum Tetak Rakan Serumah
Empat Suspek Direman Tujuh Hari Kes Bunuh Lelaki Rohingya Di Kota Bharu


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Didakwa Bunuh di Bangsal Kayu

Mengikut pertuduhan, Abdul Shukor didakwa membunuh Mohammed Tuasin di sebuah bangsal kayu yang terletak berhadapan Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kujid, Kampung Pok Boh, Kota Bharu.

Kejadian itu didakwa berlaku antara jam 4.20 petang hingga 9.38 malam pada 18 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Kes Disebut Semula 14 Disember

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Sebelum ini, seorang remaja lelaki pelarian Myanmar berusia 18 tahun ditemukan maut dengan kecederaan pada leher berhampiran bangsal sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Kujid.

Mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tajam.

Sumber: Bernama

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!