Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan membuat persiapan menghadapi Monsun Timur Laut dengan menyediakan sebanyak 451 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.
Selain itu, sebanyak 162 pangkalan hadapan turut dilengkapi barangan keperluan bagi membantu mangsa banjir.
Menurut Pengarah JKM Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh, JKM bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PDRM serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi banjir.
Sebanyak 12 latihan simulasi banjir turut dirancang sepanjang tahun ini, termasuk latihan yang melibatkan masyarakat kampung di daerah yang sering dilanda banjir.
“Untuk menghadapi banjir tahun ini, kita mengadakan sebanyak 12 latihan simulasi yang turut melibatkan masyarakat kampung di daerah-daerah yang sentiasa mengalami banjir,” katanya.
Sumber: Bernama
