Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Kampung Kubang Kiat, Ketereh, Kota Bharu tengah malam tadi akhirnya terungkai apabila mangsa disahkan seorang penuntut kolej berusia 19 tahun berasal dari Perak.
Difahamkan, mangsa merupakan pelajar di sebuah kolej di Kota Bharu dan sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Mangsa juga dikatakan baru berada di semester tiga di kolej berkenaan.
Sehingga jam 7 petang, suasana di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dilaporkan lengang tanpa kehadiran rakan atau ahli keluarga mangsa.
Bagaimanapun, difahamkan keluarga mangsa dari Perak sedang dalam perjalanan ke Kelantan bagi tujuan pengecaman.
BERKAITAN:
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan mangsa berusia 19 tahun dan berasal dari Perak.
Terdahulu, polis mengesahkan mayat gadis tersebut ditemui mati dipercayai dibunuh selepas pemeriksaan awal mendapati terdapat 61 kesan tikaman di seluruh badan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
SHARE:
