“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak

“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester baharu, tetapi hari ini kami terima berita yang sangat pilu.”

Itu luahan penuh sebak Mohd Faris Zulkifly, 21, abang kepada gadis yang maut akibat 61 tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu, tengah malam tadi.

Mohd Faris berkata, keluarganya dihubungi pihak polis kira-kira jam 12.30 tengah hari memaklumkan adiknya, Nurfisya Zulkifly, 19, telah meninggal dunia.

Namun, pada ketika itu mereka tidak mengetahui maklumat terperinci termasuk kejadian adiknya ditikam.

“Ketika itu, saya hanya dengar polis beritahu adik sudah meninggal dunia dan selepas itu tidak sanggup untuk mengetahui maklumat lanjut sebelum saya memutuskan panggilan,” katanya ketika ditemui malam ini.

Keluarga Terus Bertolak Dari Perak Ke Kelantan

Menurut Mohd Faris, sebaik menerima panggilan, keluarganya tidak berlengah dan terus bertolak dari Kuala Kangsar, Perak menuju ke Kelantan.

Katanya, mereka tiba di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 8 malam.

“Baru Sabtu lalu kami datang (Kelantan) menghantarnya untuk memulakan semester baharu dan tak sangka berita sebegini yang kami terima,” katanya.

Terkejut Baca Berita Dalam Talian

Mohd Faris berkata, pada awalnya mereka sekeluarga tidak mengetahui kejadian sebenar yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu.

Menurutnya, mereka hanya mengetahui adiknya maut akibat tikaman selepas membaca berita dalam talian ketika tiba di Jeli pada petang tadi.

Katanya, sebaik mengetahui berita itu, ibu dan bapanya tidak dapat menahan perasaan dan menangis tidak henti.

“Kami hanya tahu yang adik maut ditikam ketika dalam perjalanan datang ke sini (Kelantan) petang tadi selepas membaca berita dalam talian, memang sangat terkejut,” katanya.

Ada Impian Miliki Mini Cooper

Dalam pada itu, Mohd Faris berkata, tiada sebarang perubahan pelik dikesan terhadap adiknya sebelum kejadian.

Namun, ketika pulang bercuti ke Perak baru-baru ini, mangsa ada teringin makan pelbagai makanan kegemaran termasuk ayam penyet.

Katanya, Nurfisya juga pernah berkongsi impian untuk memiliki sebuah kereta Mini Cooper selepas tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan.

“Adik baru memasuki semester ketiga dan tempoh pengajiannya adalah tujuh semester semuanya, dia ada memberitahu untuk memiliki kereta Mini Cooper sebaik kerja nanti,” katanya.

Mohd Faris yang juga bekas penuntut kolej sama berkata, keluarganya berharap pelaku dapat ditangkap secepat mungkin dan dihukum setimpal.

Mangsa Penuntut Kolej Poly-Tech MARA

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang juga penuntut Kolej Poly-Tech MARA ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman sebelum ditinggalkan di jalan Kampung Simah, Ketereh pada tengah malam tadi.

BERKAITAN:
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh


Mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira jam 12.30 malam dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan bermula dari bahagian muka hingga ke kaki, dengan kebanyakan kecederaan tertumpu di bahagian kanan badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!