Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”

Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas pemeriksaan awal mendapati mangsa mempunyai 61 kesan tikaman pada tubuhnya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Siaran Media Ketua Polis Kelantan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan, pada 1 Mei 2026, kira-kira jam 12.30 pagi, Kaunter Aduan Balai Polis Ketereh menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan satu mayat wanita di atas jalan di Kampung Simah, 16450 Ketereh.

Mangsa Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”

Hasil pemerhatian awal di lokasi kejadian mendapati mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama “SYAA”, seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.

Mangsa turut berpakaian baju lengan panjang warna hitam bertulis “UNIQLO MADE IN CAMBODIA” saiz XL serta seluar panjang hitam tanpa jenama saiz XXL.

Polis turut menemui beberapa barangan lain di lokasi kejadian antaranya seutas manik berwarna-warni, sebuah cermin mata berwarna putih dan sehelai selendang warna belacan.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

Unit K9 Digerakkan, Mangsa Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain

Bantuan Unit K9 turut digerakkan bagi tujuan pengesanan di sekitar lokasi dalam radius kira-kira 30 meter.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut.

Kenyataan turut memaklumkan lokasi kejadian merupakan kawasan sawah padi yang gelap tanpa pencahayaan lampu jalan, dengan jarak kira-kira 47 meter dari rumah penduduk terdekat.

61 Tikaman Dari Muka Hingga Kaki

Pemeriksaan awal oleh pasukan forensik PDRM mendapati terdapat sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki, dengan kebanyakan kecederaan tertumpu di bahagian kanan badan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Identiti mangsa kemudiannya berjaya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

BERKAITAN:
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Ganesan di talian 012-5691204. -KD

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!