Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar wanita sebuah kolej yang mayatnya ditemui di Kampung Simah, Ketereh, semalam dengan kesan 61 tikaman.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu ditahan di sekitar Ketereh pada malam tadi.

Polis juga dijangka akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan mayat seorang wanita ditemukan di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh pada tengah malam dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya berjaya dikenal pasti hasil semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi penemuan.

BERKAITAN:
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”


Katanya, pemerhatian awal di lokasi mendapati mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘SYAA’, seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!