Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran

Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa selepas mendakwa kesediaan menghantar 100,000 anggota tentera negaranya untuk mempertahankan Israel, selain menyatakan 500,000 lagi boleh digerakkan untuk menawan Teheran.

Dalam beberapa hantaran di platform X, beliau menyatakan kesediaan untuk mengerahkan pasukan besar bagi menyokong Israel, dengan alasan mempertahankan “Tanah Suci”.

“Saya bersedia mengerahkan 100,000 askar Uganda di Israel di bawah komando saya untuk melindungi Tanah Suci,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, beliau turut mendakwa memiliki ratusan ribu “pemuda yang bersedia berperang” dan menyatakan mereka mampu menawan ibu negara Iran, Teheran, dalam skala besar.

Muhoozi juga sebelum ini pernah menyatakan sokongan terbuka kepada Israel, termasuk memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk memusnahkan negara itu akan mendorong Uganda terlibat dalam konflik di pihak Israel.

Muhoozi dalam kenyataan yang tular sebelum ini juga pernah mendakwa mampu tawan Tehran dalam masa hanya dua minggu.

Kainerugaba yang kini berusia 51 tahun merupakan anak kepada Presiden Uganda, Yoweri Museveni dan mengetuai Angkatan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF).

Beliau juga sering mencetuskan kontroversi melalui kenyataan di media sosial berkaitan isu antarabangsa, termasuk konflik geopolitik dunia.

BERKAITAN: Ketua Tentera Uganda Dakwa Mampu Tawan Tehran Dalam Masa Dua Minggu



Sumber: Agensi berita antarabangsa

SHARE

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!