Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya

Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan bahawa penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang mereka ke Myanmar.

Menurut pegawai Kementerian Luar Bangladesh, PBB baru-baru ini memohon kawasan tambahan bagi menampung pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar.

Bagaimanapun, kerajaan Bangladesh menolak permintaan tersebut dan mengekalkan pendirian bahawa penempatan baharu bukanlah penyelesaian terbaik. Sebaliknya, usaha perlu ditumpukan kepada repatriasi yang selamat, sukarela dan mampan ke negara asal mereka.

Bangladesh Tegas Mahu Rohingya Pulang Ke Myanmar

Perkara itu turut dibangkitkan semasa sesi taklimat oleh Utusan Khas Setiausaha Agung PBB bagi Myanmar di ibu pejabat PBB pada Jumaat.

Dalam ucapannya, Wakil Tetap Bangladesh ke PBB, Salahuddin Noman Chowdhury menegaskan punca krisis Rohingya berpunca dari Myanmar dan penyelesaian berkekalan juga mesti dicari di negara tersebut.

“Bangladesh telah menempatkan hampir 1.2 juta Rohingya yang dipindahkan secara paksa selama hampir sedekad atas dasar kemanusiaan.

“Namun, krisis yang berlarutan ini telah mewujudkan cabaran besar dari segi sosial, ekonomi, alam sekitar dan keselamatan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran pelarian dalam jumlah yang besar untuk tempoh yang panjang memberi tekanan kepada komuniti tempatan serta sumber negara, sekali gus menjadikan penyelesaian segera sebagai satu keperluan mendesak.

Menanggung Lebih 1.2 Juta Pelarian

Sejak tindakan ketenteraan di negeri Rakhine pada Ogos 2017, lebih 700,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan menyertai ratusan ribu pelarian lain yang telah berada di negara itu lebih awal.

Ketika ini, Bangladesh menempatkan kira-kira 1.2 juta pelarian Rohingya di kem-kem sementara di Cox's Bazar dan Bhasan Char, menjadikannya antara negara yang menanggung jumlah pelarian terbesar di dunia.

Pelbagai laporan sebelum ini menunjukkan kehadiran pelarian dalam tempoh yang panjang telah memberi kesan kepada kawasan hutan serta alam sekitar di Cox’s Bazar.

Kerajaan Bangladesh berulang kali menegaskan bahawa penghantaran pulang Rohingya ke Myanmar kekal sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap krisis berlarutan itu.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!