Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun

Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak 16 Jun lalu masih belum ditemui walaupun kenderaannya telah dijumpai di kawasan rekreasi Kampung Paya Lintang, Batu Hampar dekat Padang Rengas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Mohd Ariffridzuan Ezahar berkata, pihak polis menerima laporan kehilangan melibatkan Nor Afiza Zainuddin pada jam 11.22 pagi, 18 Jun lalu.

Menurut beliau, Nor Afiza kali terakhir dilihat keluar dari kediaman ibunya di Lorong Mewah 16, Taman Mewah, Kamunting pada 16 Jun dengan memandu sebuah Perodua Axia berwarna putih.

"Hasil siasatan awal mendapati pada hari itu, wanita berkenaan telah keluar rumah dengan alasan menghadiri sesi temu duga di sebuah hotel di Kuala Kangsar," katanya dalam satu kenyataan.

Kereta Ditemui, Mangsa Masih Hilang

Mohd Ariffridzuan berkata, pada 21 Jun lalu polis menemui kenderaan milik mangsa di kawasan rekreasi Kampung Paya Lintang, Batu Hampar.

Pemeriksaan mendapati kereta tersebut berada dalam keadaan baik dan kunci kenderaan masih ada di lokasi.

Nor Afiza Zainuddin


Turut ditemui di dalam kereta ialah beberapa barangan peribadi milik Nor Afiza termasuk fail sijil, beg telekung dan sepasang kasut.

Nor Afiza dilaporkan memiliki dua orang anak, namun kedua-duanya kini tinggal bersama bekas suaminya.

Wanita itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter, seberat 57 kilogram, berkulit sawo matang dan memakai cermin mata.

Keluarga Buntu Cari Petunjuk

Adik mangsa, Ahmad Zulhilmi, 34, berkata kehilangan kakaknya disedari selepas wanita itu tidak pulang ke rumah pada hari sama.

Menurutnya, usaha menghubungi mangsa juga gagal apabila telefon bimbitnya didapati telah ditutup.

"Kami cuba hubungi banyak kali tetapi tidak berjaya. Sampai sekarang memang tiada khabar berita," katanya.

Nor Afiza Zainuddin


Beliau berkata, keluarga turut menyemak lokasi temu duga yang dimaklumkan mangsa sebelum ini, namun dimaklumkan tiada sesi temu duga diadakan pada tarikh berkenaan.

Tambahnya, Nor Afiza yang merupakan ibu kepada dua anak perempuan itu baru sahaja bercerai pada awal tahun ini dan tinggal bersama keluarga di Taiping sebelum kehilangannya.

“Kami sekeluarga buntu dan tidak tahu di mana lagi hendak mencari," katanya.

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nor Afiza diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sanjay Shanmugam di talian 012-5039820 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-8291222.

Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!