Iran Isytihar “Kemenangan Bersejarah” Ke Atas AS-Israel Selepas 40 Hari Konflik

Iran mengisytiharkan apa yang disifatkan sebagai “kemenangan bersejarah” ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Israel selepas konflik berlarutan selama 40 hari, dengan mendakwa Washington terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan Teheran, lapor Press TV.

Dalam kenyataan rasmi, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran memaklumkan pihak lawan didakwa mengalami kekalahan besar dan kini “tiada pilihan selain tunduk” kepada kehendak Iran.

AS Dakwa Setuju Cadangan 10 Perkara

Menurut kenyataan itu, AS didakwa bersetuju menerima cadangan 10 perkara yang merangkumi gencatan senjata kekal, penarikan keluar tentera Amerika dari rantau tersebut serta penghapusan sekatan terhadap Iran

Antara syarat lain yang didakwa dipersetujui termasuk tiada lagi serangan terhadap Iran, pengiktirafan kawalan Teheran ke atas Selat Hormuz, serta penerimaan terhadap program pengayaan nuklear negara itu.

Iran Dakwa AS Lemah Seawal 10 Hari Pertama

Kenyataan itu turut mendakwa konflik 40 hari tersebut menyaksikan Iran bersama sekutunya di rantau Asia Barat melancarkan serangan besar-besaran sehingga melemahkan keupayaan ketenteraan AS di kawasan berkenaan.

Iran juga mendakwa Washington mula menyedari kegagalan mereka seawal 10 hari pertama perang, sebelum berusaha membuka rundingan untuk mencapai gencatan senjata.

Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan penangguhan serangan terhadap Iran selama dua minggu dengan syarat Teheran membuka semula laluan di Selat Hormuz.

Trump sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memberi amaran bahawa “seluruh tamadun Iran akan musnah” sekiranya Iran tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Rundingan Lanjut Dijangka Di Islamabad

Dalam pada itu, Iran memaklumkan rundingan lanjut akan diadakan di Islamabad dalam tempoh dua minggu bagi memuktamadkan butiran perjanjian, sambil menegaskan negara itu akan terus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

BERKAITAN: Ini 10 Syarat Dikemukakan Iran Kepada AS Untuk Tamatkan Perang


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Tiga Blok Bangunan SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah Bachok Terbakar
|
Satu kebakaran besar mengejutkan penduduk apabila tiga blok bangunan…
Pejabat JKM Tanah Merah Disamun Lelaki Bertopeng, Pengawal Keselamatan Diikat
|
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah menjadi sasaran…
Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah
|
Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota…
Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Jawatan Kosong Kelantan