Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini

Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan sedang membuat persiapan akhir untuk kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya berjudul Kung Fu Soccer.

Menerusi satu video ringkas berdurasi 13 saat yang dikongsikan di media sosial sempena ulang tahunnya yang ke-64, Stephen memberi bayangan bahawa filem tersebut disasarkan untuk ditayangkan pada Julai ini.

Dalam video berkenaan, beliau berseloroh bahawa filem itu mungkin ditayangkan pada 10 Julai, atau seminggu kemudian sekiranya berlaku kelewatan.

Perkongsian itu turut disertakan dengan poster konsep lukisan tangan tertera “Kung Fu Soccer. July 10? July 17?”, sekali gus memberi petunjuk bahawa proses pascaproduksi kini berada di peringkat akhir.

Penggambaran Selesai Dalam Tempoh Singkat

Filem ini mula menjalani penggambaran pada Mac 2025 dan dilaporkan selesai pada Jun tahun yang sama.

Pada awalnya, Kung Fu Soccer dijangka menemui penonton sempena Tahun Baharu Cina 2026, namun tarikh tayangan kemudian ditunda ke separuh kedua tahun ini.

Ditulis dan diarahkan sendiri oleh Stephen Chow, filem ini dilihat sebagai kesinambungan spiritual kepada karya ikonik Shaolin Soccer.

Kisah Pasukan Bola Sepak Wanita

Kali ini, jalan cerita memberi fokus kepada sebuah pasukan bola sepak wanita yang berusaha mencipta kejayaan dalam kejohanan fiksyen dikenali sebagai “Supreme Invincible Cup”.

Barisan pelakon diterajui oleh pelakon China, Zhang Xiaofei bersama penyanyi dan pelakon Lay Zhang serta Dilraba Dilmurat.

Turut membuat kemunculan ialah bekas penjaga gol China Zhao Lina dan pemain pertahanan Li Jiayue.

Pelakon Korea Selatan, Song Kang-ho juga dijangka tampil sebagai cameo.

Kembalinya Stephen Chow Sebagai Pengarah

Filem ini menandakan kemunculan semula Stephen Chow sebagai pengarah selepas filem The New King of Comedy pada 2019.

Sepanjang lebih tiga dekad dalam industri perfileman, beliau dikenali menerusi karya komedi berpengaruh seperti Kung Fu Hustle, CJ7 dan The Mermaid.

Tayangan Antarabangsa Dan Pasaran Global

Untuk pasaran antarabangsa, syarikat Encore Films dilaporkan memperoleh hak pengedaran global bagi filem tersebut di luar China, manakala pasaran China akan dikendalikan oleh Maoyan Entertainment.

Kung Fu Soccer juga dijangka mengambil kesempatan daripada kemeriahan Piala Dunia FIFA 2026 dengan tayangan dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Kantonis, Inggeris, Korea, Jepun dan Thai.

Sumber: Siakap Keli, Variety

SHARE:

TERKINI

Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!