Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’

Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai selepas rakaman video menunjukkan dia dihentam ombak ketika cuba melakukan aksi seolah-olah ‘membelah laut’ di sebuah pantai di Ghana.

Kejadian yang berlaku pada 24 Mei lalu itu dirakam oleh orang awam dan kemudian tular di media sosial seperti TikTok serta X.

Dalam rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat berdiri di kawasan berbatu di pesisir pantai sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke arah laut, dipercayai cuba meniru kisah Nabi Musa membelah lautan.

Dihentam Ombak Besar

Bagaimanapun, aksinya tidak menjadi seperti yang diharapkan apabila ombak besar tiba-tiba datang dan menghentam dirinya.

Akibat impak kuat itu, dia hampir terjatuh sebelum dihanyutkan arus dalam kejadian yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rakaman video tersebut pantas menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial menyindir tindakannya.

Pernah Dakwa Kiamat Akan Berlaku

Ebo Noah atau nama sebenarnya Evans Eshun sebelum ini dikenali kerana sering membuat dakwaan berkaitan ramalan kiamat dan bencana besar.

Antara dakwaan yang pernah dibuat ialah ramalan bahawa dunia akan berdepan banjir besar pada 25 Disember 2025 serta mendakwa beliau diarahkan membina beberapa buah bot untuk menyelamatkan manusia dan haiwan.

ebo noah


Namun ramalan itu tidak menjadi kenyataan sebelum beliau kemudiannya mendakwa tarikh tersebut telah ditangguhkan selepas melakukan puasa dan doa selama beberapa minggu.

Selain aktif berkongsi kandungan berkaitan ‘wahyu’ dan amaran bencana di media sosial, beliau juga pernah dilaporkan ditahan pihak berkuasa Ghana bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat yang mencetuskan panik awam.

Insiden terbaharu itu sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai kredibiliti dakwaan yang dibuatnya serta pengaruh individu seperti itu terhadap masyarakat.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!