Ketua Tentera Uganda Dakwa Mampu Tawan Tehran Dalam Masa Dua Minggu

Ketua Uganda People's Defence Forces (UPDF), Muhoozi Kainerugaba, mencetuskan perhatian antarabangsa selepas mendakwa tenteranya mampu menawan ibu negara Iran, Tehran, dalam tempoh dua minggu.

Kenyataan itu dibuat menerusi beberapa hantaran di platform media sosial X, apabila beliau menyatakan hanya satu briged UPDF sudah mencukupi untuk melaksanakan operasi tersebut.

Dakwaan itu muncul ketika ketegangan di Timur Tengah terus meningkat, khususnya melibatkan Iran dan sekutunya.

Dalam siri hantaran sama, Kainerugaba turut memberi bayangan bahawa Uganda bersedia menyokong Israel sekiranya konflik serantau semakin memburuk.

Beliau menegaskan bahawa sebarang ancaman terhadap Israel boleh mendorong Uganda untuk terlibat secara langsung dalam konflik itu.

“Kami mahu peperangan di Timur Tengah berakhir sekarang. Dunia sudah letih dengannya. Namun, sebarang usaha untuk memusnahkan Israel akan membawa kami ke dalam peperangan ini di pihak Israel,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberi amaran kepada Tehran dengan menyatakan Uganda akan bertindak balas sekiranya diserang.

Kainerugaba mendakwa negaranya mempunyai keupayaan melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu.

Kenyataan tersebut dibuat dalam konteks ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, susulan langkah Donald Trump mengerahkan ribuan tentera tambahan ke rantau Timur Tengah, yang mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan operasi ketenteraan berskala besar terhadap Iran.

Untuk rekod, Kainerugaba merupakan anak kepada Presiden Uganda, Yoweri Museveni, dan sering mencetuskan kontroversi menerusi kenyataan terbuka berkaitan isu antarabangsa.


Sumber: Air Times

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!