Seramai 27 individu ditahan selepas Jabatan Imigresen Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah surau yang menjalankan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran di Kampung Baru Subang, Subang Jaya, kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 2.15 petang itu dilakukan selepas risikan dan pemantauan dijalankan selama dua minggu.
Jabatan Imigresen Selangor memaklumkan, pegawai penguat kuasa daripada beberapa agensi termasuk yang bukan beragama Islam sudah memantau serta mengepung kawasan surau berkenaan sejak tengah hari sebelum serbuan dilakukan.
Operasi itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
"Seramai 140 individu yang menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan diperiksa sebelum 27 disahkan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.
"Mereka ditahan di bawah Akta Imigresen, manakala individu lain dikenakan tindakan oleh JAIS," katanya, hari ini.
Sumber: Berita Harian
