Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh

Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand tampil di Mahkamah Sesyen Kota Bharu apabila berdepan pertuduhan menyeludup 10 migran warga Bangladesh dalam kejadian di Machang bulan lalu.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Didakwa Bersama Seorang Lagi Yang Masih Bebas

Mereka ialah Muhamad Amirul Aileh, Muhammad Arif Abd Halim, Mohamad Hazran Mohd Daud, Mohd Shamsuri Yusoff, Norazalina Mohamad dan Nur Aliya Natasya Abdul Rahman.

Kesemua mereka didakwa bersama Wan Mohd Zulfadli Wan Hassan yang masih belum ditahan.

Menurut pertuduhan, mereka dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan 10 migran warga Bangladesh di sebuah rumah di Taman Desa Mas, Kampung Sungai Mas, Machang pada 11 Jun lalu.

Berdepan Hukuman Penjara Sehingga 20 Tahun

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, semua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala hanya Norazalina diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!