Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan melarikan diri dari Depo Imigresen Tanah Merah.
Kumpulan berkenaan terdiri daripada tujuh warga Thailand serta masing-masing seorang warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya.
Kesemua mereka dipercayai memakai pakaian tahanan berwarna hijau terang dan dilaporkan berkepala botak.
Terdapat nombor pengenalan yang dicetak pada pakaian tahanan berkenaan, termasuk nombor 18101 dan 18802 seperti yang kelihatan dalam gambar rujukan.
Mereka dilaporkan kali terakhir dikesan berada di kawasan Bukit Tebu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan kesemua PATI tersebut diminta menghubungi DCC Tanah Merah menerusi talian 09-955 6222 (IPD Tanah Merah), 09-955 6223 (Balai Polis Tanah Merah) atau WhatsApp 011-2955 5518.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan individu terbabit, sebaliknya segera menyerahkan urusan berkenaan kepada pihak berkuasa.
