Cubaan 13 Warga Asing Masuk Kelantan Guna ‘Lorong Tikus’ Digagalkan Imigresen

Cubaan 13 warga asing memasuki Malaysia melalui laluan tidak diwartakan atau 'lorong tikus' di sempadan Kelantan berjaya dipatahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi operasi khas di sekitar Kota Bharu, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semua warga asing berusia antara 22 hingga 55 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 5.10 pagi.

Dua Lokasi Diserbu

Menurut beliau, operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bersama JIM Kelantan serta Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor, Tumpat.

"Hasil maklumat awam serta risikan, pasukan operasi menyerbu lokasi pertama di sekitar terminal bas yang membawa kepada penahanan 12 warga asing membabitkan lapan lelaki Bangladesh, tiga lelaki Indonesia dan seorang wanita Indonesia.

"Seorang lagi wanita Myanmar ditahan di lokasi kedua sekitar kawasan perumahan. Wanita itu cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan pasukan operasi," katanya dalam satu kenyataan.

Disyaki Guna 'Lorong Tikus'

Zakaria berkata, siasatan awal mendapati terdapat dalam kalangan warga asing terbabit dipercayai telah disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut menyita empat pasport Bangladesh, empat pasport Indonesia serta sebuah Proton Preve yang dipercayai digunakan bagi memudahkan pergerakan mereka.

Beliau berkata, kesemua mereka dipercayai menggunakan laluan tidak diwartakan atau 'lorong tikus' bagi mengelakkan pemeriksaan imigresen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!