Larangan Perkahwinan Bawah 18 Tahun Tidak Sesuai Di Kelantan

Kerajaan Kelantan berpandangan larangan perkahwinan bagi individu berusia bawah 18 tahun tidak sesuai dilaksanakan di negeri ini dengan mengambil kira masalah sosial yang berlaku ketika ini, lapor Utusan Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd. Asri Mat Daud berkata, pendirian itu juga selari dengan peruntukan Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 yang dikekalkan menerusi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2025.

Menurutnya, keputusan berkenaan mengambil kira isu kebejatan sosial serta kewujudan mekanisme kawalan yang ketat bagi permohonan perkahwinan bawah umur seperti diperuntukkan dalam undang-undang.

“Keputusan tersebut mengambil kira masalah kebejatan sosial pada hari ini serta wujudnya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang.

“Pihak kerajaan negeri juga menggariskan Piawaian Operasi Standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai semua pemegang taruh bagi mencari penyelesaian menyeluruh berhubung isu berkenaan.

Katanya, pendekatan itu bertujuan memastikan setiap keputusan dibuat berlandaskan hukum syarak serta kepentingan umum.

Dalam pada itu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan juga sentiasa menambah baik arahan berkaitan berdasarkan keperluan semasa, kajian dan pandangan profesional.

“Semua pihak, khususnya keluarga, masyarakat dan agensi kerajaan sentiasa memperkukuhkan kerjasama.

“Langkah berkenaan dititik beratkan bagi memastikan matlamat kemaslahatan yang hendak dicapai dalam perkahwinan bawah umur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian kerajaan negeri berhubung cadangan larangan perkahwinan bagi individu berusia 18 tahun ke bawah.

Sumber: Utusan


Permohonan lesen mendulang emas dibuka esok, hanya untuk rakyat Kelantan
By KD | |
Rakyat Kelantan boleh mula membuat permohonan lesen mendulang emas bermula…
Kelantan Teraju Pengeluaran Madu Kelulut Negara, Hasil Cecah 297.6 Tan
By KD | |
Kelantan mencatat pencapaian membanggakan apabila muncul negeri dengan pengeluaran madu…
Kelantan tekad basmi kemiskinan melalui sektor perladangan
By KD | |
KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited dalam usaha…
Fazley Akui Sudah Luah Perasaan Kepada Vida, Pilih Hari Istimewa Dalam Kalendar Islam
By KD | |
Apa yang selama ini disangka sekadar gimik di media sosial…
Kelantan laksana e-tuisyen percuma untuk pelajar SPM tahun depan
By KD | |
Kelantan perkenal E-Tuisyen Rakyat Sejahtera untuk calon SPM tahun depan…
Sedia Asrama Antara Penyelesaian Isu 34 Pelajar Terpaksa Rentas Sempadan Ke Sekolah – TMB
By KD | |
Isu 34 murid dan pelajar yang ditahan ketika merentas sempadan…
Projek KB Sentral ‘On Track’, Kerja Perawatan Tanah RM14 Juta Bermula – Dr Izani
By KD | |
Kerajaan Negeri Kelantan memaklumkan projek KB Sentral masih berada di…
Kelantan Sudah Sita Ladang Sireh Rohingya Khamis Lalu
By KD | |
Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil tindakan menyita kawasan ladang sireh…
Timbalan MB Kelantan Hargai Tindakan Penganjur Makar Fest Mohon Maaf
By KD | |
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan merakamkan…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!