Timbalan MB Kelantan Hargai Tindakan Penganjur Makar Fest Mohon Maaf

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan merakamkan penghargaan kepada penganjur Makar Fest 2026, Issey Fazlisham, yang tampil secara berjiwa besar berjumpa pihak kerajaan negeri untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sepanjang penganjuran program tersebut.

Beliau berkata, Kelantan sentiasa menjadi tumpuan dan bukan mudah memastikan setiap perkara berjalan sepenuhnya mengikut peraturan walaupun garis panduan serta undang-undang telah ditetapkan sebagai sempadan dan panduan.

Menurutnya, pendidikan dan kesedaran perlu berjalan seiring, manakala semua pihak perlu memikul tanggungjawab bersama, bukan sekadar memerhati dan mencari kesalahan.

“Satu kesilapan yang berlaku hendaklah dijadikan pedoman untuk masa hadapan,” katanya.

Dr Mohamed Fadzli memaklumkan, pihak penganjur sedaya upaya cuba mematuhi garis panduan dan peraturan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan, namun masih terdapat segelintir individu yang bertindak di luar kawalan.

Beliau berkata, untuk penganjuran akan datang, persediaan lebih rapi perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan dasar kerajaan negeri berhubung acara hiburan yang tidak melarang aktiviti tersebut, sebaliknya menyediakan alternatif selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam serta nilai budaya dan adat masyarakat setempat.

Katanya, kerajaan negeri memberi ruang kepada karyawan, budayawan dan usahawan muda bagi merancakkan aktiviti ekonomi dan sosial belia.

Beliau turut memaklumkan bahawa Makar Fest telah dianjurkan di pelbagai negeri dan menjadi platform kepada anak muda menjalankan aktiviti ekonomi, mengetengahkan budaya rakyat Kelantan serta menjadi tempat pertemuan anak-anak Kelantan di perantauan.

“Saya sentiasa menasihatkan anak-anak Kelantan agar menjaga sahsiah diri dan pekerti sesuai dengan identiti negeri beragama, lebih-lebih lagi apabila berada di perantauan,” katanya.



Beliau turut menyatakan simpati terhadap penganjur yang terpaksa menanggung risiko akibat tindakan segelintir individu yang tidak memahami serta menghormati peraturan dan nilai setempat.

“Jangan jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga,” katanya.

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!