Permohonan lesen mendulang emas dibuka esok, hanya untuk rakyat Kelantan

Rakyat Kelantan boleh mula membuat permohonan lesen mendulang emas bermula esok melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di peringkat negeri serta jajahan.

Timbalan Menteri Besar, Mohamed Fadzli Hassan, berkata setiap permohonan yang diterima akan diteliti terlebih dahulu bagi memastikan ia memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum sebarang kelulusan diberikan.

“Sebagai permulaan, kita gunakan kaedah pengisian permohonan secara manual. Tempoh semakan pula kita akan lihat bermula esok.

“Jika permohonan terlalu banyak, mungkin ia akan mengambil sedikit masa untuk diproses,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kerajaan negeri akan mengeluarkan senarai kawasan yang diwartakan untuk aktiviti mendulang emas selepas mendapat kelulusan Exco.

Antara jajahan yang dikenal pasti mempunyai sumber mineral berkenaan ialah Gua Musang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, termasuk melalui media sosial, memang ramai yang menunjukkan minat untuk memohon lesen dan mendulang.

“Berapa ramai yang akan memohon, itu kita akan lihat selepas proses permohonan dibuka,” katanya.



Sebelum ini, kerajaan negeri menegaskan bahawa lesen mendulang emas hanya akan diberikan kepada rakyat Kelantan, bagi memastikan hasil mineral negeri dapat dimanfaatkan oleh anak tempatan sendiri.

Sumber: Utusan

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!