Projek KB Sentral ‘On Track’, Kerja Perawatan Tanah RM14 Juta Bermula – Dr Izani

Kerajaan Negeri Kelantan memaklumkan projek KB Sentral masih berada di landasan yang betul apabila kerja-kerja perawatan tanah bernilai RM14 juta akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin, berkata beliau telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi KB Sentral bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pihak kontraktor bagi meninjau perkembangan semasa projek.

Menurut beliau, kerja-kerja perawatan tanah akan dilaksanakan oleh China Harbour Engineering Company (CHEC) menggunakan kaedah Prefabricated Vertical Drain (PVD) bagi tujuan pengaliran keluar air tanah dan penstabilan tapak.

Kerja evakuasi dijadualkan bermula pada 20 Januari, manakala keseluruhan perawatan tanah disasarkan siap dalam tahun 2026.

Dalam tempoh pelaksanaan kerja tanah itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan proses penilaian terhadap kontraktor dan pemaju berpotensi untuk membangunkan KB Sentral secara menyeluruh.

Pemilihan akan dibuat berdasarkan kompetensi teknikal serta keupayaan kewangan yang stabil bagi memastikan kelangsungan dan kejayaan projek.



Dato’ Dr Izani menegaskan KB Sentral merupakan projek keutamaan Kerajaan Negeri yang akan dipantau secara menyeluruh oleh semua agensi berkaitan sehingga siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada rakyat.

SHARE:

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!