Fazley Akui Sudah Luah Perasaan Kepada Vida, Pilih Hari Istimewa Dalam Kalendar Islam

Apa yang selama ini disangka sekadar gimik di media sosial kini kelihatan semakin jelas apabila Datuk Fazley Yaakob mengakui dia sudah pun meluahkan perasaan kepada Datuk Seri Vida.

Menurut Fazley, detik istimewa itu berlaku pada satu hari yang besar dalam kalendar Islam apabila dia mengambil keputusan menyatakan sendiri niat dan hala tuju hubungannya kepada Vida.

"Sebagai seorang lelaki, mestilah saya yang mula luahkan dulu. Masa pertama kali saya luahkan, ketika itu sangat Vida terkejut sehingga terdiam dan termenung lama.

"Hari yang saya luahkan itu merupakan hari yang sangat besar, bersejarah dalam kalendar Islam dan saya pilih pun bersebab.

"Saya datang kepada Vida dan hanya kami berdua di ruang tamu. Waktu itu sedang hujan dan hari yang terbaik sebelum saya luahkan niat serta hala tuju," katanya ketika siaran langsung di TikTok.

Jawapan Vida Buat Fazley Lega

Fazley mengakui dia berdebar menantikan reaksi Vida kerana bimbang perasaannya tidak berbalas.

Namun katanya, jawapan yang diterima begitu bermakna sehingga memilih untuk menyimpannya sebagai rahsia.

Beliau turut mendedahkan hasrat tersebut sebenarnya sudah lama terdetik, malah sebelum Cik B bergurau mengenai hubungan mereka, empat orang anaknya terlebih dahulu menyatakan mereka menyukai sifat penyayang Vida terhadap Cik B dan Kacak.

Menurut Fazley, persamaan nilai kekeluargaan itulah yang membuatkan dia semakin yakin.

Vida Akui Terkejut, Anggap Fazley Seorang Gentleman

Fazley turut menjelaskan panggilan "sayang" yang digunakan terhadap Vida bukanlah sekadar konten media sosial, sebaliknya lahir secara spontan daripada hati.

Vida pula mengakui dia tergamam apabila menerima luahan perasaan tersebut dan mengambil masa beberapa hari untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Katanya, dia bukan tidak yakin, sebaliknya benar-benar terkejut dengan momen berkenaan.

Mengulas mengenai Fazley, Vida menyifatkan bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia itu sebagai seorang lelaki budiman.

Sebelum ini, Fazley pernah menafikan mereka sedang bercinta walaupun mengakui Vida mempunyai ciri-ciri calon isteri yang baik. Hubungan mereka mula mencuri perhatian selepas keakraban dalam Talk To My Manager musim kedua, selain mendapat restu daripada Cik B yang yakin Fazley mampu menjadi figura bapa yang baik buat dirinya.

Sumber: Kosmo

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!