Kelantan Teraju Pengeluaran Madu Kelulut Negara, Hasil Cecah 297.6 Tan

Kelantan mencatat pencapaian membanggakan apabila muncul negeri dengan pengeluaran madu kelulut tertinggi di Malaysia, dengan jumlah hasil sebanyak 297.6 tan.

Pencapaian itu memperlihatkan potensi industri madu kelulut sebagai salah satu sumber ekonomi yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang perniagaan kepada komuniti pertanian di negeri ini.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, perkara itu ketika merasmikan Majlis Makan Malam dan Sesi Libat Urus Bersama Persatuan dan Penternak Kelulut Negeri Kelantan 2026 pada 13 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan di media sosialnya, beliau berkata kejayaan tersebut membuktikan industri kelulut mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.

“Pencapaian ini membuktikan potensi besar industri kelulut sebagai salah satu kluster komuniti pertanian yang mampu menjana pendapatan serta membuka peluang ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Kerjasama Perkukuh Industri Kelulut

Menurut beliau, sesi libat urus berkenaan diharap dapat memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri, jabatan berkaitan dan penternak bagi menangani cabaran yang dihadapi industri itu.

Kerjasama tersebut turut diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti pengeluaran serta memperluas pasaran madu kelulut keluaran Kelantan.

Langkah itu penting bagi memastikan industri berkenaan terus berkembang secara mampan, selain memberikan manfaat kepada penternak dan ekonomi rakyat.

“Usaha bersepadu semua pihak penting bagi memastikan industri kelulut negeri terus berkembang maju serta memberikan manfaat kepada penternak dan ekonomi rakyat,” ujarnya.

Dengan jumlah pengeluaran yang dilaporkan mencecah 297.6 tan, industri madu kelulut dilihat mempunyai ruang untuk terus diperkasakan melalui peningkatan kualiti, kerjasama antara pihak berkaitan dan peluasan pasaran.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!