Kelantan tekad basmi kemiskinan melalui sektor perladangan

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan sektor perladangan sebagai medium peningkatan sosioekonomi rakyat.

Mesyuarat Lembaga Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud telah diadakan pada Rabu lalu di Wisma PPLRNK, Tunjong.

Menurut beliau, mesyuarat itu penting bagi memastikan setiap perancangan dan keputusan berkaitan operasi serta pembangunan Ladang Rakyat dapat diselaras dengan baik untuk memberi impak positif kepada golongan sasar.

“Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar. Kita mahu pastikan setiap keputusan yang dibuat memberi manfaat maksimum kepada rakyat, khususnya dalam aspek menjana pendapatan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan melalui sektor perladangan,” katanya.

Pendekatan ini selari dengan misi kerajaan negeri meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah.

“Insya-Allah, semoga segala usaha ini dipermudahkan dan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Kelantan,” tambahnya.

PPLRNK berperanan penting dalam merancang serta melaksanakan projek ladang rakyat yang memberi pulangan ekonomi selain manfaat langsung kepada peserta dan komuniti setempat.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, YBM Tengku Kaya Perkasa, Dato Dr Tengku Faziharudean Tengku Feissal; Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Dato' Idham Abdul Ghani; Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Rosnazli Amin serta Ketua Pegawai Operasi, Mohd Arpi Arifin.

Sebagai rekod, PPLRNK ditubuhkan melalui Enakmen No. 2 Tahun 2006 selepas diluluskan oleh Dewan Negeri Kelantan pada Februari tahun sama, dan dilancar secara rasmi pada 26 Januari 2006. Penubuhannya bertujuan mengurangkan kemiskinan, meningkatkan pendapatan rakyat serta memanfaatkan tanah terbiar.

Menerusi program ini, 100 peserta terpilih dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima dividen bulanan sebanyak RM200.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan