Sedia Asrama Antara Penyelesaian Isu 34 Pelajar Terpaksa Rentas Sempadan Ke Sekolah – TMB

Isu 34 murid dan pelajar yang ditahan ketika merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah di Rantau Panjang, mula mendapat perhatian serius kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan pelajar terbabit dapat meneruskan persekolahan tanpa berdepan masalah perundangan.

Antara cadangan yang dilihat relevan ialah menyediakan penempatan atau asrama untuk pelajar dari selatan Thailand yang bersekolah di Kelantan.

“Mungkin antaranya ialah boleh sediakan penempatan atau asrama kepada pelajar,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Kerajaan Negeri Anggap Isu Penahanan Selesai

Menurut Mohamed Fadzli, beliau dimaklumkan pihak EXCO sudah berhubung dengan pihak polis dan kerajaan negeri menganggap isu penahanan itu selesai buat masa ini.

“Saya dimaklumkan oleh EXCO bahawa pihaknya sudah berhubung dengan polis, jadi kita anggap isu (penahanan) ini selesai.

“Selepas ini pihak berkaitan cuba cari kaedah terbaik bagi memastikan pelajar-pelajar dari seberang (selatan Thailand) dapat belajar dengan sempurna tanpa perlu berdepan masalah perundangan,” katanya.

Pelajar Warga Malaysia Tapi Tinggal Di Thailand

Terdahulu media melaporkan 34 pelajar yang ditahan itu merupakan warga Malaysia, namun tinggal di Thailand dan bersekolah di Rantau Panjang.

Mohamed Fadzli berkata, situasi itu bukan perkara asing di kawasan sempadan kerana ramai penduduk mempunyai hubungan kekeluargaan di kedua-dua belah negara yang hanya dipisahkan Sungai Golok.

“Walau (tinggal) di sana (selatan Thai), dia adalah warga Malaysia dan mereka ada keluarga, berhak untuk mendapat pendidikan di sini... cuma kaedah yang membabitkan undang-undang begini kita tak nafikan dan kena selesaikan,” katanya.

Beliau turut menegaskan ibu bapa perlu patuh kepada kaedah yang bakal ditetapkan pihak berkuasa supaya anak-anak dapat terus bersekolah tanpa sebarang halangan.

“Nanti pihak berkenaan di Kelantan, pihak berkuasa dan sebagainya akan menghasilkan satu kaedah dan ibu bapa hendaklah patuh seterusnya pastikan anak-anak dapat terus belajar, jangan hentikan,” katanya lagi.

Tandatangan MoU Ahmad’s Dengan PMBK Development

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli turut merasmikan outlet pertama makanan segera Ahmad’s di Kelantan yang mula beroperasi di Tunjong, Kota Bharu.

Pada majlis itu juga, memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara Ahmad’s dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Development bagi pembangunan Ahmad’s Drive Thru pertama di Malaysia.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!