Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat

Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) gagal apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam tali air selepas dikejar kira-kira dua kilometer di Kampung Kok Bedullah, Tumpat, awal pagi Ahad.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek berjaya melarikan diri ke kawasan berhampiran, namun meninggalkan muatan 200,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM400,000.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 9 PGA Kuala Terengganu sedang menjalankan rondaan motosikal menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Geting sebelum terserempak dengan sebuah Proton Preve berwarna perak dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, ketika anggota menghampiri kenderaan itu untuk pemeriksaan, pemandu lelaki terbabit bertindak memecut bagi mengelak ditahan.

Kejar-mengejar sejauh kira-kira dua kilometer itu berakhir apabila kereta suspek terbabas ke dalam tali air di Kampung Kok Bedullah sebelum dia melarikan diri dan gagal dikesan.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan beberapa guni mengandungi kotak-kotak rokok putih yang dipercayai diseludup dan tidak bercukai.

Rampasan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Ahmad Radzi berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemandu terbabit serta individu lain yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!