PGA Dedah Penyeludup Masih Berani Isi Petrol Berulang Kali

Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan masih terdapat kenderaan digunakan penyeludup untuk melakukan pembelian berulang bagi mengisi petrol, walaupun stesen minyak berkenaan berada dalam pemantauan pihak berkuasa.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, modus operandi penyeludup adalah melakukan pengisian petrol secara berulang dalam tempoh yang singkat.

Menurutnya, bekalan bahan api itu kemudiannya akan disedut untuk diisi ke dalam tong jerikin sebelum diseludup ke Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, sebelum pengisian seterusnya dilakukan.

“Setakat kita melakukan pemantauan di sembilan stesen di kawasan sempadan di Kelantan, satu kes direkodkan dengan penangkapan lelaki kelmarin yang membuat pengisian berulang di Tumpat,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Radzi berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan rapi terhadap semua stesen minyak yang dipantau, dan anggota yang ditempatkan bukan sekadar berada di premis tetapi memerhati setiap kenderaan yang melakukan pengisian.

Beliau berkata, sembilan stesen yang berada dalam pemantauan PGA bermula Khamis lalu membabitkan empat daerah iaitu Tumpat, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.

“Anggota PGA ada berada di premis berkenaan sepanjang stesen minyak beroperasi dan kita mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan kegiatan penyeludupan membabitkan bahan api,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Jemaah Menteri mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak bagi memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan, susulan peningkatan risiko ketirisan bahan api akibat krisis tenaga global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April lalu bersetuju dengan syor itu sebagai peluasan kepada penempatan statik penguat kuasa KPDN yang dilaksanakan sejak 20 Mac lalu.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!