Polis Serbu Lokasi Lombong Emas Haram Di Jeli, 3 Lelaki Lari Masuk Hutan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan operasi di daerah Jeli dan merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan pelombong, dalam usaha membanteras pencerobohan termasuk aktiviti melombong emas secara haram.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata operasi itu dijalankan oleh Pasukan ‘Task Force’ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli bersama pegawai dan anggota dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) jajahan menerusi op intra agensi.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti melombong emas tanpa kebenaran di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, tiga lelaki melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran dan usaha mengesan mereka dijalankan, namun gagal ditemui,” katanya pada Rabu.

Peralatan Lombong Dirampas Di Tepi Sungai

Kamarulzaman berkata, pemeriksaan lanjut di tepi sungai menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan haram.

Antara peralatan yang dirampas termasuk tujuh enjin sedut air, lapan keping permaidani, dua batang penyambung paip besi yang ditempah, empat gulung paip getah dan empat periuk.

Beliau menegaskan PDRM akan terus komited melaksanakan operasi secara berterusan bagi membanteras sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti haram di kawasan sempadan negara khususnya di Kelantan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!