Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi

Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir dengan penemuan 1.36 tan minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseleweng dalam serbuan di Kampung Kubang Panjang, Lemal, Pasir Mas pada Rabu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, suspek berjaya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran selepas kenderaan yang dipandunya ditahan pasukan operasi kira-kira jam 8.30 malam.

Menurut beliau, kejayaan itu hasil pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang melibatkan Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas serta KPDN Cawangan Pasir Mas.

Katanya, operasi bermula dengan risikan dan pemantauan di sebuah premis pemborong barang kawalan di Pasir Mas sebelum pasukan penguat kuasa mengekori sebuah Perodua Alza berpendaftaran tempatan sejauh hampir 10 kilometer.

Suspek Tinggalkan Kenderaan

“Pasukan berjaya menahan kenderaan terbabit di Kampung Kubang Panjang, Lemal sebelum suspek bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sebanyak 1,360 kilogram minyak masak bersubsidi yang dipercayai untuk tujuan penyelewengan.

Rampasan Bernilai RM18,400

Hanif berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan yang digunakan dianggarkan berjumlah RM18,400.

Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!