ATM Gagalkan Cubaan Seludup 20 Ekor Lembu Bernilai RM225,000 Di Rantau Panjang

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 20 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM225,000 dalam satu operasi di Sungai Golok berhampiran Rantau Panjang, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan, rampasan itu dilakukan di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) pada jam 6.45 petang.

Menurut kenyataan itu, ketika pasukan operasi menjalankan tinjauan menggunakan mini Unmanned Aerial Vehicle (UAV), mereka mengesan sebuah lori tiga tan berada dalam keadaan mencurigakan di lokasi berhampiran garisan sempadan.

“Hasil pemantauan UAV mendapati 20 ekor lembu di wilayah Thailand sedang menunggu masa untuk diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan Sungai Golok.

“Sebaik serbuan dilakukan, seorang lelaki awam dipercayai warga tempatan bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian dengan meninggalkan kenderaan itu bersama muatannya bagi mengelakkan ditahan pasukan operasi,” katanya.

ATM memaklumkan, semua lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen perjalanan atau permit import sah berjaya dirampas bersama sebuah lori Isuzu tiga tan.

Laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan itu dibuat di Balai Polis Lubok Stol, Rantau Panjang.

Kesemua rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!