Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Sebaliknya, Anwar berkata Setiausaha Agung DAP itu kini hanya sedang berehat dan bercuti buat sementara waktu.
Beliau turut mengakui sudah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Seremban berkenaan bagi mendengar sendiri alasan di sebalik hasratnya untuk berundur.
Anwar Minta Anthony Loke Bercuti Dahulu
Menurut Anwar, beliau mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru menerima keputusan tersebut dan meminta Anthony Loke menenangkan fikiran dengan mengambil cuti terlebih dahulu.
“Saya belum terima peletakan jawatan, dia (Anthony Loke) masih bercuti. “(Saya ada) jumpa, dia bagi alasan yang kita tahu dan saya beritahu… cuti dahulu,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara di Putrajaya hari ini.
Setakat ini, Anwar mengesahkan surat peletakan jawatan berkenaan masih belum diterima.
Sumber: Kosmo!
