Penyeludup masih berani, PGA temukan bungkusan makanan sejuk beku dari Thailand jam 3 pagi

RANTAU PANJANG – Pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis makanan sejuk beku selepas menemui beberapa bungkusan plastik hitam yang ditinggalkan di kawasan pengkalan haram Pohon Jambu di sini, awal pagi Khamis.

Dalam operasi yang dijalankan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan sekitar jam 3 pagi itu, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 125 paket sosej dipercayai dari Thailand disembunyikan di dalam bungkusan berkenaan.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM3,625 dan kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!