“Maaf Ayah Saya Baru Meninggal” – Nota Pada Cermin Kereta Buat Ramai Sebak

Tindakan seorang wanita menggantung sekeping nota bertulis “Maaf ayah saya baru meninggal” pada kenderaannya ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Kisah itu tular selepas dikongsikan pengguna Facebook, Nor Azah Nazarudin, yang memuat naik gambar kenderaan berkenaan ketika berada dalam kesesakan jalan raya di Kelantan pada Isnin.

Difahamkan, wanita tersebut sedang berusaha untuk pulang bagi melihat jenazah bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

“Semoga ALLAH permudahkan urusan akak sekeluarga sampai ke tempat yang dituju, jalan jemm sangat. Salam takziah,” tulis Nor Azah dalam hantarannya.

Orang Ramai Beri Laluan

Perkongsian itu menerima ribuan reaksi dan turut mengundang pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang tersentuh dengan situasi berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Farizul Haikal yang dipercayai ahli keluarga wanita terbabit, mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna jalan raya yang memberi laluan dan mendoakan urusan mereka.

“Alhamdulillah. Semoga ayah saya tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih semua yang memberi jalan dan mendoakan kami,” katanya.

Meninggal Dunia Secara Mengejut

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Aida Rani mendakwa mengenali keluarga tersebut dan memaklumkan bahawa bapa wanita berkenaan meninggal dunia secara mengejut.

“Ini cucu saudara saya. Ayahnya meninggal secara mengejut,” tulisnya.

Perkongsian itu sekali lagi mengingatkan ramai tentang pentingnya sikap bertimbang rasa di jalan raya kerana kita tidak pernah tahu ujian yang sedang dihadapi oleh pengguna jalan raya lain.


Sumber: Nor Azah Nazarudin

SHARE:

TERKINI

Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!