Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diserang ketika berjoging di Tumpat akhirnya mendapat pembelaan apabila tertuduh dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 20 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Isnin.

BERKAITAN: Remaja 15 Tahun Disamun, Dirogol Ketika Joging Bersama Adik Di Palekbang


Menurut laporan Bernama, Muhammad Faryzuan Aiman Mat Yatim, 23, mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu merogol serta merompak mangsa selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan.

Sementara itu, bagi pertuduhan merompak telefon bimbit mangsa menggunakan sebatang kayu, tertuduh dihukum penjara lima tahun serta dua sebatan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan, menjadikan keseluruhan hukuman yang perlu dijalani ialah 20 tahun penjara dan tujuh sebatan.

Kesalahan tersebut dilakukan di kawasan semak Kampung Mesira, Palekbang, dekat Tumpat kira-kira jam 7.40 pagi pada 17 Jun lalu ketika mangsa sedang berjoging.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa selepas menyebabkan kecederaan terhadap remaja itu, satu kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa merompak telefon bimbit mangsa dengan bersenjatakan sebatang kayu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Mangsa Cedera Parah, Telefon Dijual RM35

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Na'ilah Harizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam, keseriusan jenayah serta trauma dialami mangsa.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan serius termasuk beberapa keretakan pada tulang muka, rongga mata dan hidung selain kehilangan gigi selepas dipukul oleh tertuduh.

Beliau turut memaklumkan tertuduh mengambil kesempatan terhadap keadaan mangsa yang cedera sebelum merogolnya, selain menjual telefon bimbit yang dirompak pada harga hanya RM35.

Terdahulu, Muhammad Faryzuan Aiman yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan dengan alasan mempunyai seorang isteri serta anak yang masih kecil.

Namun, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman seperti dipohon pihak pendakwaan.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Sumber: Bernama

TERKINI

Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!