Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti

Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang kemudian meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 petang di Jalan Kuala Sawah-Rantau berhampiran Kampung Belangkan, Seremban.

Mangsa berusia 34 tahun ketika itu sedang memasang bendera parti di bahu jalan sebelum sebuah lori dipercayai hilang kawalan, melanggar tiang papan tanda dan seterusnya merempuh mangsa.

Lebih menyedihkan, lori berkenaan dipercayai tidak berhenti selepas kemalangan berlaku dan terus meninggalkan lokasi.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian muka serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis kini sedang giat mengesan pemandu lori terbabit serta saksi yang melihat kejadian bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau Bilik Gerakan IPD Seremban di 06-6033222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!