Baru 6 Bulan Nikah, Suami Koma 51 Hari Selepas Jadi Mangsa Ragut Di Pasir Puteh

Baru enam bulan membina mahligai, pasangan dari Kubang Telaga, Bachok diuji dengan dugaan berat apabila si suami kini koma selepas menjadi mangsa ragut pada 8 Januari lalu.

Rosirdawatie Aziz, 27, berkata kejadian menimpa suaminya, Mazrie Ismail, 30, berlaku ketika lelaki itu dalam perjalanan ke tempat kerja di Cherang Tuli, Pasir Puteh.

Menurutnya, suami yang bekerja sebagai pemandu di Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dipercayai diragut oleh dua lelaki ketika melalui jalan di Kampung Merkang sekitar jam 7 pagi.

“Ketika melalui jalan di Kampung Merkang sekitar jam 7 pagi dia dipercayai telah diragut oleh dua lelaki.

“Kejadian itu telah menyebabkan dia yang menunggang motosikal dikatakan telah terjatuh di atas jalan. Topi keledar yang dipakai pecah sehingga menyebabkan dia mengalami pendarahan di dalam kepala.

“Suami ditemukan oleh bapa saudara yang kebetulan melalui jalan yang sama sekitar jam 7.15 pagi dan mendapati tiada luka atau pendarahan berlaku pada anggota badannya, namun dia tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengikut laporan doktor, Mazrie mengalami pendarahan di dalam kepala dan sehingga kini masih koma.

Rosirdawatie yang merupakan suri rumah berkata, terdapat saksi yang melihat kejadian tersebut namun disebabkan jarak yang terlalu jauh, kedua-dua suspek tidak dapat dikenal pasti. Saksi memaklumkan dua lelaki berkenaan menarik beg suaminya sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Mangsa pada awalnya dibawa ke Hospital Tengku Anis sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai dan kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah.

Namun, selepas 51 hari tidak sedarkan diri, Mazrie kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru Ahad lalu.

Pasangan itu tinggal bersama keluarga suami di Kubang Telaga dan Mazrie merupakan anak kedua daripada empat beradik.

“Hanya ALLAH tahu perasaan saya ketika ini. Banyak benda yang hendak dibualkan dengan suami, tahun ini juga merupakan kali pertama kami berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama,” katanya.

Sejak suaminya koma, mereka kehilangan sumber pendapatan dan kini hanya bergantung kepada bantuan ahli keluarga.


Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 151258771167.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!