[VIDEO] Abbe Hae Selamatkan Warga Emas Dikurung Dalam Keadaan Menyayat Hati

Satu kes melibatkan seorang warga emas dikenali sebagai Pak Mail yang ditempatkan dalam keadaan tidak sempurna di sebuah rumah di Kampung Repek, Pasir Mas, mencetuskan perhatian ramai selepas tular di media sosial.

Isu tersebut dikongsi oleh sukarelawan dan aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohd Azhan Mohd Adnan (Abbe Hae), yang menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan Pak Mail serta mempersoalkan layanan keluarga terhadap warga emas itu.

Menurut perkongsian Abbe Hae, Pak Mail sebelum ini telah di bawa oleh Abbe Hae ke Hospital Pasir Mas dan pada jam hampir 10 malam, seorang doktor memaklumkan bahawa seorang waris iaitu anak Pak Mail mahu membawa pulang mangsa ke rumah.

Waris berkenaan memaklumkan akan menjaga bapanya dengan baik serta menyediakan bilik khas di dalam rumah sendiri. Abbe Hae sebelum ini merancang untuk membawa Pak Mail ke rumah penjagaan warga emas swasta di sekitar Kota Bharu.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, YB Zamakhshari Muhamad menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima maklumat lebih awal dan mengarahkan Penghulu Mukim membuat semakan serta tindakan susulan di peringkat kampung.

Menurut beliau, hasil maklum balas mendapati warga emas tersebut mempunyai masalah kesihatan mental dan tindakan mengurung dilakukan oleh ahli keluarga atas faktor keselamatan, bagi mengelakkan risiko kepada dirinya sendiri serta orang awam.

Beliau menegaskan bahawa kes ini bukan pengabaian disengajakan, sebaliknya melibatkan isu kesihatan mental yang memerlukan pendekatan berhemah, profesional dan penglibatan agensi berkaitan.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah dihubungi untuk tindakan susulan.


Dalam kenyataan sama, orang ramai diminta tidak membuat andaian berdasarkan emosi atau visual semata-mata serta menyerahkan pengendalian kes kepada pihak berautoriti bagi memastikan kebajikan dan keselamatan semua pihak terlibat.

KD: Jom support Abbe Hae untuk terus melakukan kerja-kerja kebajikan dengan membeli produk Abbe Hae di Tiktok rasmi beliau Disini

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!