Murid Tahun 6 Meninggal Dunia Selepas Pengsan Baca Yasin Di Sekolah Rupanya Baru Kehilangan Ibu

Kisah keluarga adik Darwisy yang meninggal dunia semalam benar-benar meruntun hati ramai.

Lebih menyedihkan, Darwisy bukan sekadar seorang anak biasa. Dia adalah satu-satunya zuriat yang Allah kurniakan kepada pasangan suami isteri yang bertahun-tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Selepas lama mencuba dan berdoa, akhirnya si ibu disahkan mengandung. Maka lahirlah Darwisy, anak tunggal yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Ibu Gigih Cari Rezeki Demi Keluarga Kecil Mereka

Berdasarkan perkongsian yang tular, si ibu dikatakan seorang wanita yang sangat kuat dan berdikari.

Wall Facebooknya dipenuhi kisah keluarga, anak dan suami, malah dia juga pernah gigih mencari rezeki dengan menjadi ejen pelbagai produk selain aktif mengambil tempahan masakan.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan kesihatannya semakin merosot. Rakan-rakan tidak pasti penyakit sebenar, tetapi arwah dikatakan kerap keluar masuk mendapatkan rawatan dan berubat di pelbagai tempat.

Akhirnya, wanita itu hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

Sejak tahun lalu, aktiviti bisnesnya juga semakin berkurang. Perkongsian di media sosial lebih banyak tertumpu kepada anak dan suami, seolah-olah dia mahu menikmati setiap detik bahagia bersama keluarga kecilnya dengan penuh kesyukuran.

Ibu Pergi Dulu, Tinggalkan Suami Dan Anak Berdua

Tidak lama selepas itu, si ibu akhirnya dijemput Ilahi.

Tinggallah si ayah bersama Darwisy, anak tunggal yang menjadi seluruh dunia buatnya.

Si ayah yang dikatakan seorang anggota polis pula sering berkongsi gambar anaknya di media sosial. Malah ada ketika, dia terpaksa membawa Darwisy ke tempat kerja kerana tiada siapa yang menjaga di rumah.

Kasih seorang ayah terhadap anak tunggalnya itu jelas terpancar, lebih-lebih lagi selepas kehilangan isteri tercinta.

Pengsan Ketika Baca Yasin, Darwisy Pergi Menyusul

Namun takdir Allah tidak pernah dapat dijangka.

Menurut perkongsian, Jumaat lalu ketika membaca Yasin di sekolah, Darwisy tiba-tiba pengsan dipercayai tersedak air.

Darwisy kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan.

Semalam, doktor mengesahkan Darwisy telah meninggal dunia, meninggalkan si ayah dalam kehilangan yang terlalu besar untuk digambarkan.

Ramai yang tersentuh dan mengatakan seolah-olah Darwisy terlalu merindui ibunya sehingga “pergi menyusul” untuk bertemu semula insan tersayang.

Namun apa pun, semua itu adalah ketentuan Allah yang Maha Mengetahui.

Doa Buat Si Ayah Yang Kehilangan Segalanya

Kini, si ayah bukan sahaja kehilangan isteri, malah turut kehilangan satu-satunya anak yang menjadi tempat dia menumpang kasih.

Ramai netizen menitipkan doa agar beliau dikurniakan ketabahan dan kekuatan luar biasa untuk meneruskan hidup selepas ujian berat ini.

Sesungguhnya kehilangan ini bukan kecil, tetapi ujian yang benar-benar menguji jiwa dan hati seorang insan.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, mempermudahkan urusan, dan menggantikan kesedihan ini dengan rahmat serta ganjaran yang besar.

Al-Fatihah buat arwah ibu dan adik Darwisy.


Sumber: Mohd Fadli Salleh

SHARE:

TERKINI

Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Bantu Tukar Tayar Treler Pancit Di LPT 1
|
Seorang mekanik menemui ajal dalam kejadian tragis apabila dirempuh…
[VIDEO] Pelajar Terlibat Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Sekolah Di Kampung Pek, Machang
|
[DIKEMASKINI] Satu video memaparkan kemalangan jalan raya dipercayai melibatkan…
Lelaki Direman Tujuh Hari, Didakwa Bakar Jari, Pijak Perut Dan Cekik Anak Tiri 5 Tahun
|
Seorang lelaki yang juga pemotong kayu direman selama seminggu…
Bekalan Air Kritikal, Lebih Separuh Pesawah Kelantan Dijangka Tak Tanam Padi
|
Lebih 50 peratus daripada kira-kira 7,000 pesawah di Kelantan…
Adik 13 Tahun Tengah Demam, Abang Kandung Sanggup Perkosa Di Tanah Merah
|
Seorang abang sulung dihukum penjara 18 tahun dan 20…
Upah RM50 Bawa Masuk RXZ Dari Thailand, Dua Remaja Dicekup PGA Di Tumpat
|
Tindakan dua lelaki tempatan mengambil upah hanya RM50 untuk…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!