KRW Akur Tewas kepada Selangor dalam Aksi Pembukaan Liga Super

Kelantan Red Warrior FC (KRW) terpaksa akur apabila tewas 1-4 kepada Selangor FC dalam perlawanan pertama Liga Super musim 2026-2027 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Sabtu.

Selangor membuka jaringan menerusi Chrigor Moraes pada minit ke-17 sebelum Faisal Halim menggandakan kelebihan pasukan pelawat pada minit ke-26.

Faisal sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-49 untuk meletakkan Selangor selesa mendahului 3-0.

KRW kemudian memperoleh gol menerusi Phillip Dandada Musa pada minit ke-59 bagi merapatkan kedudukan kepada 1-3.

Bagaimanapun, Chrigor menjaringkan gol keduanya pada minit ke-74 sekali gus melengkapkan kemenangan 4-1 Selangor FC dihadapan lebih 5,000 penyokong KRW yang hadir ke stadium.

Selepas tamat perlawanan, KRW mengakui terpaksa menerima keputusan tersebut dan berjanji akan menilai semula prestasi pasukan.

“Kekalahan bukan noktah. Kami akan menilai dan memperbaiki segala kekurangan. Terima kasih kepada seluruh penyokong yang terus memberikan sokongan kepada Wira Merah.”

Terengganu Tewaskan Melaka

Dalam satu lagi perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu, Terengganu FC berjaya menundukkan Melaka FC dengan keputusan 3-0.

Sementara itu, perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur City FC yang dijadualkan berlangsung di Paroi pada petang Sabtu dibatalkan.

Kuala Lumpur City FC dalam permohonan rasminya memaklumkan seramai 15 pemain dan dua pegawai pasukan mengalami simptom demam, batuk, selesema dan cirit-birit berdasarkan surat laporan perubatan yang dikemukakan kepada Malaysian Football League (MFL).

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!